dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Program Bazar Raya NADI Presint 16

15 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

14 Mac 2026, Sabtu - Program Bazar Raya NADI 2026 yang berlangsung di perkarangan NADI Presint 16 telah mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk setempat. Seramai lebih kurang 100 orang penyertaan dikalangan penduduk setempat dan juga warga komuniti kuarters Presint 16 telah hadir membeli belah di Bazar Raya NADI Presint 16. Pro-gram ini diadakan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam, yang memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli pelbagai barangan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Seramai 10 orang usahawan NADI telah mengambil bahagian dalam bazar ini dengan menawarkan pelbagai jenis produk menarik. Antara jualan yang mendapat perhatian pengunjung ialah pelbagai jenis tudung berjenama, aksesori raya, kuih raya, kerepek, pakaian, buah strawberi segar Cameron Highlands, kuih-muih, makanan serta minuman. Selain itu, turut diadakan jualan barangan segar seperti ayam dan ikan, yang memudahkan pengunjung mendapatkan bahan mentah untuk persiapan juadah berbuka puasa dan Aidilfitri.

Selain aktiviti jualan daripada usahawan NADI, program ini turut dimeriahkan dengan program Kidsventure dengan membawa topik “Berniaga & Berjaya” yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas keusahawanan. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Kemudian program diteruskan dengan pertand-ingan E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diadakan mengikut tentatif pro-gram pada jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi, melibatkan 3 kumpulan peserta. Pertandingan ini berjaya menarik minat golongan kanak-kanak sekolah rendah dan menengah serta menambah lagi kemeriahan program yang dianjurkan. Disamping itu, turut diadakan sekali sesi NADI-Preneur & EmpowerHer yang disertai para usahawan NADI dengan mengetengahkan topik “Jenama Kuat, Pelanggan Melekat” yang memberi fokus kepada strategi membina jenama yang kukuh serta mengekalkan kesetiaan pelanggan.

Sepanjang program berlangsung, terdapat juga dalam kalangan pengunjung yang hadir untuk menjalani saringan kesihatan percuma, termasuk pemeriksaan tekanan darah (BP) dan indeks jisim badan (BMI). Setrusnya program ditersukan dengan sesi Webinar Berkala Matematik bagi topik Algebra tingkatan 1 hingga tingkatan 3 telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang yang melibatkan 3 orang penyertaan daripada tingkatan 1.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan lancar dan mencapai ob-jektif yang ditetapkan. Penyertaan serta komitmen yang diberikan oleh semua pihak amat memberangsangkan dan dihargai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.